BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 8, 2009

UTM Introductory ARDF Open (Fox Hunting) 2010


Buat semua penggemar "FOX HUNT" atau "AMATEUR RADIO DIRECTION FINDING" (ARDF)



Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (MPP-UTM) buat julung kalinya akan menganjurkan 
"UTM INTRODUCTORY ARDF (Fox Hunting) 2010"



Bengkel Asas dan pengenalan Radio Amatur terbuka kepada semua warga ham, serta kepada semua lapisan masyarakat yang ingin menceburi hobi yang berfaedah ini.
Bengkel ini diadakan percuma.



Fox hunt akan diadakan pada
Hari Sabtu
30 Januari 2010
bertempat di Tasik UTM



Penyertaan dibuka sekarang sehingga sebelum 
16 Januari 2010



Bengkel ARDF dan Antenna diadakan pada hari sebelumnya,
29 Januari 2010


Pendaftaran sila rujuk :

link Pendaftaran

Syarat - syarat asas serta yuran penyertaan
sila rujuk :

link Syarat Asas & Yuran penyertaan

Bengkel asas ARDF dan pembikinan antenna
sila rujuk :

link Bengkel Asas Amateur Radio dan ARDF



Hadiah Menarik Menanti Anda !!!


Pengumuman Penuh : click here

PangKor...paNgKoR...laYaNz...


bru jew balik dr pangkor...de pew?de hari keluarga tok jabatan pendidikan negeri perak...so memandangkan aku sorang jew..anak yg xder kerja...duk umah jew...cuti semester..pe lagi..jd bonzer lah..ikut kemana sahaja..kekee...bertolak dr JPN perak pukul 9.30pagi..konvoi 4 buah bas...de seramai 300org ambil bahagian...ate duk bawak suku sakat semua..keke..sampai je kat pangkor ambil van pink@teksi...pi ke coral bay dekat ngn pantai pasir bogak...rasanyer..menginap di situ...xde pe yg menarik..memandangkan aku neh dah masuk golongan tua jugak..xboleh masuk bila tgk kanak2 riang mula tergedik2x..tapi cam biasa..layan jew..hehe..

Sabah Oh...Sabah..



Hehe....setelah sekian lama merancang...akhirnya berjaya juga sampai ke sabah..hehe..kira neh 2nd time lah naik flight...sebelum neh ke China...next tak tau lagi..satu keluarga pergi ke sabah...serius la...sabah sangat menarik....tempat yg patut korang lawati..hehe..tapi duit dalam poket kena penuh la jugak..kang x cukup plak..perjalanan dari lcct-sabah mengambil masa dlm 2 jam lebih lah...sampai sahaja terus ambil teksi ke hotel..kami menginap di imperial boutec di warisan square..pengalaman yg paling menarik adalah ke 3 pulau...pulau manukan,pulau manutik dan pulau sapi...so sapa2 yang akan ke sabah..pergi lah melawat ke 3 pulau neh..hehe..

Friday, October 30, 2009

ExAm...ExAM...LaGi...MeNjELmA..



oh..tidak...exam datang lagi...sabtu (31/10/2009) tiba lagi...sedihnyer...sebab kali ini..paper yg terlalu rapat...huh...minggu exam memerlukan semangat yg tertinggi...hehe...almaklum la..kena study sungguh2x..tambahan lagi..kena la tahan mata dan juga penat..huh...nak muntah study math neh...arrr...bila lah nak de subject yg x memerlukan kira2x..kah..kah...jawapnye.....kena lah tukar course..hehe..cuba menghadapinya sepenuh kesabaran dan memuntahkan segala apa yg pernah pelajari...wish me luck...

Wednesday, September 30, 2009

My MoBiLe Da 9W2BFY



hehe...radio kesayangan dan kereta kesayangan...bila gi mobile maner2x suka bawa keta kecik jew...sebab de my luvly radio...

Apparatus Assignment?



Apparatus assignment radio amatur ini akan dikeluarkan oleh SKMM selepas keputusan peperiksaan RAE..Maka SWAL@individu baru dalam radio amatur hendaklah mengisi beberapa borang dan menghantar ke pejabat SKMM untuk mendapat apparatus assignment. Dan seterusnya anda telah pun mendapat lesen untuk menggunakan peralatan radio dan berkomunikasi secara sah.

Apa Jenama dan Jenis Radio Yang Anda Minat


Mari Kita Ambil Exam Radio Amatur



SKMM menjemput mana-mana individu yang berminat untuk menduduki peperiksaan.Sila layari laman web SKMM di bawah untuk keterangan lebih lanjut.
http://www.skmm.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=48453928&winrid=82078190

Kod Etika Radio Amatur


1. Amatur Radio Berjiwa Perwira.
Secara sedar ia tidak akan menggunakan udara untuk
kesenangan peribadi sedemikian rupa sehingga
mengurangi kesenangan atau pun menyusahkan orang lain.

2. Amator Radio adalah Setia
Ia mendapat izin amator dari pemerintah kerana organisasi
nya dan akan setia dan patuh kepada negara nya dan
organisasi nya.

3. Amatur Radio adalah Progresif
Ia selalu sesuaikan stesen radionya selaras dengan ilmu
pengetahuan kini. Ia membuatnya dengan baik dan efisien
dan menjaga nya dengan bersih dan teratur.

4. Amatur Radio adalah Ramah Tamah
Jika diminta, ia akan menghantar berita dengan perlahan
dan sabar. Kepada yang kurang berpengalaman ia akan
memberi nasihat, bantuan dan pertimbangan secara ramah
tamah.

5. Amatur Radio adalah Berjiwa Seimbang.
Radio merupakan hobinya, ia tidak akan membenarkan
hobinya mempengaruhi kewajipan nya terhadap rumah
tangga, pekerjaan, persekolahan atau masyarakat sekitar
nya.

6. Amatur Radio Patriotik
Ia selalu siap sedia dengan pengetahuan dan stesen radio
untuk mengabdikan kepada negara dan masyarakat.

Radio Amatur?


Apakah itu Radio Amatur?
Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur
(dipetik dari risalah MCMC)

Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.


Bilakah Radio Amatur bermula?

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan.
Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.


Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

Saya sentiasa sibuk. Adakah saya masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.


Apakah perbelanjaan yang diperlukan bagi hobi ini?



Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.

Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.

Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.


Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut.




Bagaimana saya boleh menjadi seorang operator Radio Amatur?

Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:

* Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau

* Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.


Siapakah yang mengeluarkan Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.


Adakah saya perlu membayar yuran?

Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.









Apakah yang boleh saya pelajari sebagai permulaan?

Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

Abjad yang----------------Kod digunakan------------------Cara sebutan
Hendak dihantar

A-------------------------------Alfa--------------------------AL FAH
B-------------------------------Bravo------------------------BRAH VO
C------------------------------Charlie-----------CHAR LEE atau SHAR LEE
D-------------------------------Delta-------------------------DELL TA
E-------------------------------Echo-------------------------ECK OH
F-------------------------------Foxtrot----------------------FOKS TROT
G-------------------------------Golf-------------------------GOLF
H-------------------------------Hotel------------------------HOH TEL
I--------------------------------India------------------------IN DEE AH
J-------------------------------Juliet----------------------JEW LEE ETT
K------------------------------Kilo--------------------------KEY LOH
L-------------------------------Lima------------------------LEE MAH
M-------------------------------Mike------------------------MIKE
N-----------------------------November-----------------NO VEM BER
O------------------------------Oscar------------------------OSS CAH
P------------------------------Papa-------------------------PAH PAH
Q------------------------------Quebec----------------------KEH BECK
R------------------------------Romeo-----------------------ROW ME OH
S-------------------------------Sierra----------------------SEE AIR RAH
T------------------------------Tango-----------------------TANG GO
U------------------------------Uniform------------------YOU NEE FORM
V------------------------------Viktor-----------------------VIK TAH
W-----------------------------Whiskey---------------------WISS KEY
X-----------------------------X-Ray------------------------ECKS RAY
Y-----------------------------Yangkee---------------------YANG KEY
Z-------------------------------Zulu----------------------ZOO LOO